August 19, 2012

Zuki dan Politik 1985 - Sekarang

ZUKI DAN POLITIK

Zuki mula berminat dengan politik Pas selepas Pas berubah dibawah kepimpinan Ulamak tahun 1982. Tahun 1984 kali pertama Zuki menghadiri Muktamar Pas Pusat diDewan KIA Alor Setar sebagai Pemerhati tetapi duduk dikerusi Perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat. Kali pertama hadir Usrah Pas Cawangan Ampangan dipimpin oleh naqib Ustaz Ghazali Abd Kadir dan Cikgu Mansur Keliwon awal tahun 1985.

Kemudian zuki yang juga Setiausaha Al-Arqam Negeri Sembilan membawa Ustaz Marzuki Hj Din (Mudir Al-Arqam NS) hadir usrah yang sama. Ustaz Marzuki adalah bekas pemimpin Pas Negeri Sembilan dan pernah menjadi calun dalam pilihanraya tahun 1959.

Akhirnya Zuki dan Ustaz Marzuki istihar masuk Pas dan dalam pemilihan tahun berikutnya Ustaz Marzuki Hj Din dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak manakala Zuki dilantik oleh Cikgu Mansur Keliwon  (Pesuruhjaya Pas NS) sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan.

Dipetik dari Buku Edisi Khas Muktamar Pas Pusat 1987

Kulit Buku Cenderamata Edisi Khas Muktamar 1987

Program Ceramah diPerkampungan Cina anjuran CCC Seremban

Diantara pemimpin CCC yang hadir

 Senarai AJK Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan 1987-1989
Selepas dua tahun menjadi Setiausaha BPPNS, Zuki dilantik pula menjadi 
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan.





Cabutan dari buku Laporan BPPNS untuk Muktamar Pas Pusat tahun 1989.
Kemudian Zuki memegang jawatan Naib Yang DiPertua Pas Kawasan Seremban pada tahun 1989.


Pengalaman memegang jawatan peringkat Negeri dan Kawasan banyak mengajar Zuki erti keikhlasan dan persahabatan serta sikap saling percaya mempercayai sesama jemaah. Apabila membiarkan golongan yang dianggap suka mencari kesempatan atau golongan mustakjilun yang tidak sabar menunggu giliran maka berlakulah perpecahan yang menghilangkan kekuatan jamaah.

Mungkin mereka berhujjah tindakan mereka kerana sayangkan parti tetapi apabila bertindak tidak mengikut perlembagaan atau perlembagaan ditafsir secara salah maka kesan tindakan itu akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang. Oleh itu fahamilah perlembagaan pas kerana ia tidak boleh dibaca dari satu sudut sahaja tetapi ada bahagian dalam perlembagaan yang perlu dibaca bersekali yang boleh menyebabkan sesuatu yang dianggap (tidak boleh) menjadi boleh apabila dibaca bersekali.

Ada banyak perkara yang perlu difahami apabila memegang jawatan pimpinan. Kegagalan memahami bidangkuasa jawatan yang dipegang boleh menyebabkan pimpinan itu dipandang lekeh. Zuki ada menyimpan  banyak salinan dokumen yang menunjukkan tindakan yang menyalahi bidangkuasa menyebabkan pimpinan itu dilihat tidak cermat dan akhirnya pihak yang melantiknya terpaksa menukar orang lain yang lebih berkebolehan.

Jawatan Zuki yang terakhir diSeremban sebelum berpindah keKubang Pasu Kedah pada 1 januari 1992 ialah Setiausaha Pas Kawasan Seremban. Rakan-rakan yang seangkatan dengannya ada yang telah jadi Pesuruhjaya Pas Negeri dan ada juga yang menjadi Timbalan Pesuruhjaya.

Kad Ahli tahun 1991

Kad Ahli (Terbaru)



PINDAH KE KEDAH (01.01.1992)

Tahun 1994 Zuki dilantik menjadi Setiausaha Pas Cawangan Pulau Nyior dalam Kawasan Kubang Pasu hingga sekarang.

HJ AWANG BIN DOI
Ketua Cawangan Kg Pulau Nyior sehingga 2007

Md Saad bin Musa
Bendahari Cawangan Pulau Nyior 1994
(Telah meninggal dunia)


 Gotong royong membina Markas Cawangan
Gambar Zuki dengan Hj Awang Doi - Ketua Cawangan



Yang menyapu simen itu (Azmi Abdullah) telah meninggal setelah beberapa bulan masuk Pas
disebelahnya Nik Ismail Nik Ishak



Makan tengahari selepas selesai kerja gotong-royong

 Mohamad Baki Ahmad
Ketua Cawangan Kg Pulau Nyior 2007 -

Maselan bin Morad - Ketua UPU Pulau Nyior

Gotong Royong membuat bubur asyura 2010

Bantuan menyambut hariraya dari Telekom Malaysia 2010

Bantuan menyambut hariraya dari Telekom Malaysia 2010

PAS KAWASAN KUBANG PASU
Gambar Markas Tok Kesop ketika baru siap hujung 1990an

Tahun 2001 berlaku peralihan pemimpin diperingkat Kawasan Kubang Pasu. Ustaz Abu Kassim Abdullah telah diganti oleh Ustaz Yusof Abdullah. Zuki dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kawasan.

 
Bersama Cikgu Mohd Zain Setiausaha Kawasan 2001-2003

Gambar pada 31/08/2002

 Tahun 2003 Zuki dilantik sebagai Setiausaha Kawasan Kubang Pasu.
Gambar Pejabat Setiausaha Kawasan

Mesyuarat Agung Tahunan 2004

Mesyuarat Agung Tahunan 2005


Menjawab soalan-soalan dari Perwakilan tahun 2005


Lawatan Pimpinan Pusat


YB Dato' Dr Abd Isa Ismail YDP Pas Kawasan Kubang Pasu.

Ahmad Masduki L Abdullah - Timbalan Yang Dipertua

Hj Abd Aziz bin Jusoh - Naib Yang DiPertua

Sebahagian AJK Pas Kawasan Kubang Pasu 2006
Duduk dari kiri: Dr Rohani (Ketua Muslimat), Yusof Ahmad (Ketua Pemuda), Mohd Zuki (Setiausaha), Ahmad Masduki (TYDP), Dr Isa Ismail (YDP), Us Mustafa Abdullah (K/Ulamak), Azmi Ahmad (Penolong Setiausaha), Hj Puteh Rashid (Bendahari), A Razak Omar (Pengarah MTD BKH) dan 
Ustaz Ismail (AJK).
Berdiri: Rusni, Nang Bedah, Zainuddin Ali, Mustafa Anas, Zaainon Kassim, Us Jusoh dan 
Us Mahyuddin (Semuanya AJK Kawasan)

 Azmi bin Ahmad (Pen Setiausaha) dan Cikgu Puteh (Bendahari)

 Mohd Yusof Hj Ahmad - Ketua Dewan Pemuda

Dr Rohani A Muttalib - Ketua Dewan Muslimat

Abd Razak Omar - Pengarah MTD Bukit Kayu Hitam dan Pengerusi Badan Kebajikan

Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah 2005-2007

Pejabat diMarkas Tok Kesop 2010

Mohd Zaki Seman, Bendahari Pas Kawasan Kubang Pasu 2007 - .

Sdra Hj Mohd Akhir bin Mohd Nasir
Pembantu Khas Sukarela diPejabat Pas Kawasan sehingga tahun 2011

Zainon Kassim - Setiausaha Badan Kebajikan
Pas Kawasan Kubang Pasu

 Khusyuk mendengar ucapan perasmian



Banjir Besar 2005 dan 2010 Seluruh Bandar Jitra tenggelam termasuk Markas Tok Kesop



Setiausaha Kerja Pejabat Pas Kubang Pasu

  Mesyuarat Agung 2007

 Mesyuarat Agung 2007

Mesyuarat AJK Kawasan 2007 dipimpin Dr Isa Ismail YDP.

Zuki menerima Lembu Qurban dari MB Kedah

Hj Abd Aziz Jusoh NYDP Kubang Pasu menerima Lembu Qurban untuk DUN Jitra

Meja Pendaftaran Ijtimak Pas Kedah diBatu 9 bersama Zainon Kassim

Konvensyen Wehdah diMentaloon

Penyerahan Sijil Ahli Baru Pemuda-Pemuda Felda Bukit Tangga

Setiausaha Pas Kubang Pasu 2002-2011


AJK DMPKP sesi 2005-2007


Berurusan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kedah

Membuat semakan terhadap status cawangan yang menerima surat amaran
Setiap masaalah yang berkaitan dengan Pendaftar Pertubuhan perlu diambil tindakan SEGERA.

 Konvensyen ICT diPejabat BPPNK
 Konvensyen Pakatan Rakyat diDewan Bandaraya Shah Alam

Dialog dengan Masyarakat Hindu Jitra

Kuliah Mingguan setiap selasa malam rabu

TYDP Ustaz Masduki menyampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir 2010 diMarkas Cawangan Hosba

TYDP menyampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir 2010 diKg Kubang Betong

PROGRAM JAMUAN HARIRAYA
PAS KAWASAN KUBANG PASU


Ucapan perasmian Majlis oleh YDP Pas Kawasan Kubang Pasu

Ucapan wakil DHPP




diantara tetamu yang hadir: S/U Kawasan Jerlun, Ketua Penerangan Kuala Kedah dan wakil Persatuan Cina Muslim Kedah Perlis.



Encik Saidin, Taman Pasu


 
Petugas Muslimat: Puan Normah dan Hjh Rasidah

Petugas Gerai Muslimat Kawasan.

Ucapan terakhir sebagai Setiausaha Kawasan Kubang Pasu dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2011

Ucapan Alu-aluan Setiausaha


Assalamu Alaikum Wr. Wbt.

Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Tetamu Undangan mewakili BPPNK YB Senator Mohd Yusof Husin – S/U BPPNK
YB Dato’ Dr Isa Ismail – YDP K Pasu
TYDP, NYDP, KDPP, KDMP, AJK Kawasan
Tetamu Undangan kita dari PKR, JIM, ABIM, Dewan Himpunan Penyokong Pas, Tetamu Khas, seterusnya Para Perwakilan dari cawangan2 seluruh Kubang Pasu.

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana dapat berhimpun dipagi yang mulia ini dengan tujuan melaksanakan arahan parti dan pertubuhan yaitu mengadakan mesyuarat agung tahunan peringkat Kawasan sebelum kita menghantar perwakilan keMuktamar Pas Pusat.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Saya berharap mesyuarat agung pada hari ini akan menjadi medan untuk kita bermuhasabah dan mencari titik pertemuan bagi mereka yang berlainan pendapat. Saya menyeru semua ahli supaya meletakkan kepentingan parti lebih dari kepentingan peribadi. Apa juga permasaalahan parti perlu diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin. Saya juga berharap jangan sekali-kali cuba membawa budaya samseng kedalam Pas kerana ia tidak akan menyelesaikan masaalah tetapi akan menambah masaalah.

Tahun ini ialah tahun yang ada pemilihan. Setiap Perwakilan mempunyai hak untuk bersuara dan memberi pendapat. Perwakilan juga mempunyai hak untuk memilih pemimpin. Gunakan HAK tuan-tuan untuk memilih pemimpin yang tuan2 yakini. Jika pada pandangan tuan2 pemimpin yang ada sekarang lemah dan perlu diganti maka tuan2 berhak memilih penggantinya.  Dan begitu juga jika tuan2 merasakan pemimpin itu masih sesuai dan patut dikekalkan maka tuan2 berhak untuk mengekalkannya.

Marilah kita bersama-sama menjadikan diri kita sebagai Binaan Yang Teguh agar tiada ruang untuk pihak musuh melemahkan kita.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum Wr. Wb.

MOHD ZUKI BIN ABU
23 April 2011.

Penutup:

Selepas mesyuarat agung tahun 2011 zuki hanya ajk biasa dalam Pas Kawasan Kubang Pasu dan setiausaha Kawasan yang baru ialah ustaz Mohd Yusof Hj Ahmad anak bekas Yang DiPertua Pas Kawasan Kubang Pasu.


Munajat bersama Presiden Pas diPadang Mini Stadium, Jitra 2012

Pemilihan AJK Kawasan 2013:

Dalam pemilihan kali ini pasukan yang ingin menentang kepimpinan Dato' Dr Isa Ismail telah menarik diri disaat akhir menyebabkan kesemua calun yang tidak menarik diri MENANG TANPA BERTANDING.

Dalam mesyuarat AJK kali pertama selepas mesyuarat agung, zuki sekali lagi dilantik sebagai Setiausaha Kawasan Kubang Pasu bagi sesi 2013-2015.

 YDP membentang pelan strategik PKKP untuk 5 tahun.

 Terdapat ramai muka-muka baru yang dilantik


AJK PAS KAWASAN KUBANG PASU SESI 2013-2015
Dato' Dr Abd Isa Ismail - Yang DiPertua

Ustaz Zulhazmi Hj Osman - Timbalan Yang DiPertua

Ustaz Masmawi Sahak - Naib Yang DiPertua

Uataz Mustafa Abdullah - Ketua Urusan Ulamak

Ustaz Mat Rosidi - Ketua Dewan Pemuda

Dr Rohani Abd Muttalib - Ketua Dewan Muslimat

Mohd Zuki Abu - Setiausaha

Mohd Akhir Mohd Nasir - Penolong Setiausaha

Hakimi - Pembantu Khas

Ustaz Abu Kassim Othman - Ketua Penerangan







AHLI BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH 2015-2017



AJK PAS KUBANG PASU 2015-2017

Yang DiPertua

Timbalan Yang DiPertua

Naib Yang DiPertua

Ketua Urusan Ulamak



Penolong Setiausaha 1





Bendahari sehingga 31/05/2016

HJ SAARIN BIN OSMAN mulai 1/06/2016



Ketua Penerangan

Pengarah Pilihanraya

Pegawai Khas Data Ahli





Setiausaha Badan Kebajikan Pas Kubang Pasu


Berjaya membeli sebuah van serbaguna untuk PKKP


Van Jenazah Berkhidmat kepada masyarakat


AJK DMPKP 2016




WISMA ISHAQIAH 
rumah baru siap yang diwaqafkan kepada Pas.

PEMBELIAN 2 LOT TANAH DISEBELAH BANGUNAN MARKAS TOK ESOP

DUA LOT TANAH YANG DIBELI OLEH PKKP



Projek pembangunan disebelah tanah Lot yang dibeli oleh Pas.

Hj Mohd Noor Ismail
Bendahari Dana Pembelian Tanah & Pembangunan SRITI

Kaedah mencari dana untuk pembelian tanah tersebut berjaya memungut RM50K dalam masa empat bulan.

Menambak tanah merah untuk meratakan tapak



Tapak bangunan

Kabin yang diubahsuai untuk buat bilik darjah

Ubahsuai kabin dan pasang tingkap cermin untuk pasang pendingin udara

bilik darjah yang telah diubahsuai





Bumbung lapisan kedua sebelah atas telah siap

Memasang tembok dikakilima luar bilik darjah




Bahagian luar siap di cat

Memasang siling




Dua tenaga penggerak projek ini

 Bilik darjah yang telah siap













mesyuarat agung tahun 2017

Ahli BPPNK 2017-2019

JULAI, 2017

PEMILIHAN AJK CAWANGAN PULAU NYIOR 2015-2017
Dalam pemilihan tahun ini berlaku sedikit perubahan
HJ AWANG DOI
Ketua Cawangan


HJ MAHADZIR HJ HARUN
Naib Ketua

HJ MOHD ZUKI ABU
Setiausaha

MOHD THOHIR ABDULLAH
Bendahari


HISHAMUDDIN ABDULLAH
Ketua Pemuda


HJH SEPORA DOI
Ketua Muslimat

Taklimat persiapan PRU14











Ceramah motivasi oleh Ketua Muslimat Kawasan

Taklimat kepada Jentera Pilihanraya UPU Pulau Nyior. 2018


TUGAS TERAKHIR SEBAGAI SETIAUSAHA KAWASAN
 GANDINGAN BARU PEMIMPIN KAWASAN 2019-2021



AJK BARU KAWASAN SESI 2019-2021


SUKA DUKA MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA

SIRI PERTAMA:

Menghadapi petisyen mesyuarat agung tahunan pas kawasan.

Ketika saya memegang jawatan setiausaha sebuah kawasan suatu ketika dahulu beberapa hari selepas selesai mesyuarat agung saya terima surat dari dua cawangan yang membantah keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada calon yang mereka sokong.

Format surat petisyen dan ayat2 yang dilihat serupa menunjukkan surat disediakan oleh orang yang sama. Hujah bantahan mereka ialah ada perwakilan yang mengambil bahagian dalam mesyuarat agung tersebut telah mengambil bahagian dalam mesyuarat agung kawasan lain.

Salah seorang dari pembuat petisyen ialah pengerusi mesyuarat agung tersebut dan beliau juga bertanding jawatan penting dalam parti tetapi kalah dalam pertandingan.

Apabila setiausaha agung minta penjelasan terhadap petisyen itu saya menjelaskan perkara berikut:

1. Petisyen dibuat oleh pengerusi mesyuarat agung


2. Pengerusi berhak menangguhkan mesyuarat jika ada peraturan yang dilanggar


3. Pengerusi membuat petisyen kerana beliau kalah dalam pemilihan


4. Perwakilan yang dipertikai itu adalah ahli dalam kawasan yang dipertikai. Jika dia telah mengambil bahagian dalam mesyuarat agung kawasan lain maka kawasan lain itulah yang harus dipertikai kesahihannya.

Akhirnya setiausaha agung membuat keputusan bahawa mesyuarat agung tersebut adalah SAH.

BERSAMBUNG………….Top of Form


PENTINGNYA MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PAS

Perlembagaan adalah buku panduan untuk mengurus sebuah organisasi. Apabila sesuatu organisasi tidak diurus mengikut peraturan atau pihak yang mengurus tidak memahami peraturan yang ditetapkan maka akan timbul masaalah pada organisasi itu.

Ada sebuah negeri pimpinan atasannya kurang memahami perlembagaan dan bertindak mengikut perlembagaan tafsiran sendiri. Akhirnya organisasi yang diurus menghadapi masaalah kerana tindakan mereka dipertikai oleh organisasi dibawahnya.

 Apabila tindakan diambil diluar bidang kuasa yang jelas disebut dalam perlembagaan maka akan berlaku kacau bilau pada organisasi itu dan akhirnya berlaku perpecahan dikalangan ahli.

Penyelesaian kepada masaalah diatas, organisasi dibawah akan melaporkan kepada pihak yang lebih tinggi kelemahan dan salah laku yang telah terjadi dengan bukti-bukti bertulis dan biasanya jika maklumat itu lengkap Pesuruhjaya itu akan ditukar dengan orang lain.

Setiap pemegang jawatan perlu membaca dulu tugas-tugas jawatan mereka dan bidangkuasa jawatan tersebut. Masaalah akan timbul apabila sesuatu keputusan dibuat tanpa dibincang dalam mesyuarat dan keputusan itu dipertikai oleh ahli mesyuarat.

Maka sangat penting sesuatu keputusan dibincang dahulu dalam mesyuarat dan semua ahli mesyuarat diberi peluang memberi pandangan masing-masing.
Pernah berlaku masaalah perlantikan dalam mesyuarat AJK kali pertama menjadi medan perdebatan tafsiran perlembagaan kerana sebahagian dari AJK yang hadir tidak setuju dengan perlantikan yang dibuat oleh Yang DiPertua.

Mereka menggunakan hujjah yang disebut dalam perlembagaan bahawa Yang DiPertua hendaklah melantik (didalam dan dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa kerja) jika mereka tidak bersetuju maka perlantikan adalah tidak SAH. Masaalah ini akan timbul jika AJK yang ada terdiri dari dua pihak yang bertentangan.

Sebenarnya Yang DiPertua mempunyai hak untuk melantik sesuatu jawatan walau pun tidak mendapat sokongan majoriti AJK yang hadir kerana dia telah mengambil langkah-langkah perlu yang disebut dalam perlembagaan fasal 29(1)(b). Jika Yang DiPertua melantik orang-orang yang tidak boleh bekerjasama dengannya maka keadaan akan menjadi lebih rumit.


BERSAMBUNG.....


MENGHADAPI  KONFLIK DALAMAN

Kali ini saya ingin mengisahkan bagaimana saya menghadapi  konflik dalaman yang dicetuskan oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat agung tahunan.

Konflik ini berlaku apabila ada pemimpin lama yang kalah dalam pertandingan atau kumpulan baru yang ingin mengambil alih kepimpinan sediada tetapi tidak mempunyai cukup kekuatan.

Saya pernah berhadapan dengan dua situasi diatas dan berjaya melepasi konflik tersebut.

LATAR BELAKANG:

Situasi pertama berlaku ketika saya baru berpindah keKubang Pasu awal tahun 1990an.
Memang berlaku gerakan menyingkirkan kepimpinan lama yang dianggap sudah tidak sesuai dikekalkan pada masa itu. Mereka menyusun gerakkerja untuk mengambil alih kepimpinan dan saya pernah hadir sekali dalam pertemuan-pertemuan mereka.

Saya melihat kekuatan mereka kerana mendapat sokongan dari 70% jumlah cawangan walaupun begitu kekuatan pihak yang memegang kepimpinan selain dari menguasai sebahagian besar AJK Kawasan, mereka juga menguasai sayap-sayap parti hampir kesemuanya dan lebihkurang 30% jumlah cawangan.

Kemuncak konflik ini berlaku dalam pemilihan 2001.



BERSAMBUNG........



MENGHADAPI KONFLIK DALAMAN (SIRI-2)

Tahun 2001 merupakan tahun bersejarah dengan berubahnya kepimpinan Pas Kawasan dari Ustaz Abu Kassim kepada Ustaz Yusof Abdullah. Yang kalah menganggap kekalahan mereka sebab difitnah dan yang menang pula mendakwa kekalahan itu sebab penolakan majority cawangan2 walau pun majoriti pihak yang menang hanya 15 undi sahaja.

Saya berpendapat yang menang tidak menang semua dan yang kalah juga tidak kalah semua. Jumlah AJK baru yang menang hanya 22 orang (termasuk ketua pemuda dan muslimat) dari jumlah tersebut penyokong kepimpinan lama 12 orang dan penyokong kepimpinan baru 10 orang.

Bayangkan apa akan berlaku dalam mesyuarat AJK pertama dengan nisbah diatas.

Seperti dijangka mesyuarat kali pertama gagal mencapai sebarang keputusan dan perlantikan gagal dibuat kerana kumpulan 12 tidak bersetuju dengan calon-calon yang dicadangkan oleh Yang DiPertua. Mesyuarat terpaksa ditangguhkan.......

Yang DiPertua telah meminta nasihat dan pandangan dari peguam yang juga kepimpinan negeri.

Minggu berikutnya mesyuarat kali kedua diadakan. Yang DiPertua mencadang senarai nama-nama yang hendak dilantik dan ada sokongan terhadap cadangan itu. Kumpulan 12 tetap membantah cadangan itu.

Yang DiPertua memberitahu sesiapa yang membantah cadangan beliau bolehlah membuat aduan kepada Badan Perhubungan Negeri dengan memberi hujjah sebab2 tidak setuju dengan perlantikan tersebut.

BERSAMBUNG............... 


PRPGRAM JASAMU DIKENANG BERTEMPAT DI HOTEL DARULAMAN, JITRA PADA 21/07/2019



Anugerah Jasamu dikenang 2020

sebagai perwakilan dari cawangan dalam muktamar pas kawasan tahun 2020




No comments:

Post a Comment