October 11, 2020

PENGALAMAN KALI PERTAMA MENUNAIKAN HAJI KEMEKAH TAHUN 2005

Akhirnya dapat juga aku menunaikan fardhu haji pada tahun 2005. Dari kampung aku bersama
birasku Hj Sazali dan isterinya dan Hj Radhi dan isterinya. kumpulan lain ialah cikgu Mohsin dan isterinya dari Taman Jalai Jaya dan dan cikgu Ayub dan keluarga dari Bukit Tinggi.

Bertolak ke KLIA sebelum subuh dengan eskort polis dari Klana Jaya. Penerbangan dalam cuaca yang kurang baik kerana ada ribut petir diudara India. Berlaku kecemasan apabila tiba2 kapalterbang B747 tiba-tiba menjunam kebawah dan mereka yang tidak memasang tali keledar badan terangkat keatas hingga kepala kena kebumbung kapalterbang. Ada penumpang yang menjerit ketakutan kerana terperanjat. Keadaan kembali tenang beberapa minit selepas itu.....

Kapalterbang turun diMadinah pada waktu zuhur dan urusan diAirport berjualan agak perlahan kerana staff imegeresen saudi yang dilihat kurang fokus kepada tugas2 mereka kerana semua staff lelaki sahaja. Tidak seperti sekarang ada staff wanita yang dilihat bertugas lebih cekap dan cepat.

Lapan hari diMadinah kami dapat melakukan solat berjamaah sebanyak 40 waktu dan beberapa peristiwa yang menarik boleh diceritakan disini. 

PERISTIWA: 1

Ketika kali pertama memasuki Raudhah orang ramai berpusu-pusu hendak masuk dan agak sukar untuk masuk keruang karpet warna puteh. Aku cuba beberapa kali untuk masuk tapi gagal kerana ditolak ketepi oleh orang ramai itu.  Akhirnya aku teringat pesan dari kawan2 dan guru2 supaya banyak bersabar dan berdoa agar dipermudah segala urusan. 

Aku hanya dapat berdiri ditepi karpet putih dan tak dapat masuk kerana semua ruang telah penuh dan kebanyakkan mereka samada sedang iktikaf atau solat sunat dalam raudhah. Aku teringat lagi pesanan supaya kita memberi lapang kepada orang lain nescaya kita akan diberi kelapangan. Ketika itu ada seorang hamba allah berdiri dibelakangku dan apabila berlaku satu kekosongan diruang raudhah aku menarik tangan hamba allah itu dan menyuruhnya masuk keruang kosong itu. Selepas itu tiba-tiba berlaku tiga kekosongan lagi dan aku pun masuk dan dapat melakukan solat sunat dan iktikaf dengan tenang dan tenteram.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjalanan dari Madinah keMekah memakan masa 6 jam menaiki bas. Sampai Mekah kami dibawa keHotel (Funduk) diJalan Khalid bin Walid yang kurang dari 1km dari masjidil haram. Setiap bilik dihuni oleh 6 orang jemaah haji.

Sebelum sampainya waktu wuquf diArafah aku dapat melakukan ibadah umrah wajib sekali dan umrah sunat 13 kali kerana ada masa yang panjang dan badan juga sihat.

PERISTIWA: 2

Selepas melakukan tawaf sunat aku cuba untuk merapat kearah hajar aswad tetapi gagal kerana apabila sudah hampir saja kehajar aswad akan ada orang tolak menolak dan aku akan diheret oleh ombak manusia jauh kembali darinya. Aku melihat ada seorang wanita indonesia yang berebut2 bercampur dengan orang lelaki pelbagai bangsa dan akhirnya dia dapat mencium hajar aswad tetapi untuk itu dia terpaksa berguling2 atas bahu orang lelaki yang ramai itu dan kain tudungnya juga terjatuh. Dia berkata dengan termengah2 " sudah dapat cium hajar aswad pak" dan badannya basah dengan peluh. Nak buat benda sunat saja tapi dah jadi haram pula......

PERISTIWA: 3

Aku beralih pula kearah multazam dan ingin sangat berdoa sambil bergayut dimultazam tu. Tetapi laluan kemultazam terlalu sukar. Orang ramai berpusu-pusu dan bertolak tolakan untuk mendapatkannya.  Aku berdoa kepada Allah supaya memberi kemudahan untuk melakukannya. Selepas berdoa aku menundukkan kepala melihat bahagian bawah orang yang berpusu-pusu itu. Rupa-rupanya ada lorong yang aku boleh lalui dicelah-celah kaki orang ramai itu. Aku pun masuk lorong itu dan terus sampai dibawah palang multazam kemudian aku terus berdiri dan bergayut pada palang multazam dan aku berdoa sepuas-puasnya. Diantara doa yang aku masih ingat ialah minta Allah menangkan Pas diKedah dalam pilihanraya akan datang.

Selepas selesai berdoa timbul masaalah hendak keluar dari zon berpusu-pusu itu kerana manusia yang ramai itu datang dari berbagai sudut tapi menuju kearah yang sama. Aku berusaha menghimpit tepi dinding kaabah menuju arah hajar aswad. Orang ramai yang bertolakan itu juga menghimpit kearahku. Mereka mula memijak betisku dan aku terjatuh dan mereka memijak pula pinggangku. Polis yang berdiri ditepi hajar aswad pun buat tak kisah saja. Aku mula cemas dan berdoa " Ya Allah selamatkan aku!   Tiba-tiba berlaku keajaiban orang ramai yang memijak badanku seolah-olah ditolak kearah belakang dan aku dapat berdiri semula dan keluar dari kawasan multazam itu........Alhamdulillah selamat.

PERISTIWA: 4

Pada suatu pagi didepan hotel aku sedang berdiri menunggu jamaah  untuk buat tawaf sunat. Tiba2 aku didatangi seorang hamba allah kalau dilihat wajahnya mungkin orang india atau pakistan meminta bantuan kewangan. Tangan orang itu berbalut seperti lepas kemalangan beberapa hari lalu. Aku memberitahu dia supaya pergi kepejabat kedutaan atau konsol negaranya diMekah dan ini mungkin boleh selesaikan masaalahnya. Aku sendiri langsung tak memberi apa2 bantuan kepadanya (tak tau kenapa). Selepas itu aku pergi masjidilharam buat tawaf sunat. Selesai tawaf aku dan isteri keluar dari masjid untuk pulang keHotel. Berhenti disebuah kedai menjual minyak wangi aku memilih sekotak minyak wangi 12 botol. Ketika hendak membayar harganya baru aku sedar semua duit tunai RM Malaysia lebihkurang 400RM sudah tiada dalam tali pinggang hijau yang ku pakai. Duit itu sumbangan dari keluarga yang ziarah diKelana Jaya pada malam bertolak keMekah. Zip tali pinggang itu juga telah terbuka. Pembelian terpaksa dibatalkan kerana kejadian tersebut.

rakan sebilik cikgu mohsin (allahyarham)

dataran masjidil haram









Tanaim

Jakronah







Asrama diPelabuhan Juddah

Tanaim

Masjid Nabawi

Tanaim

 
PERISTIWA  5

Perjalanan kePadang Arafah memakan masa berjam-jam walau pun jaraknya hanya beberapa KM dari Mekah. Pemandu bas juga buat ragam. Kalau dari Madinah ke Mekah ada dikalangan jemaah memungut derma sedikit dari setiap jemaah untuk diberi kepada pemandu tapi perjalanan jarak dekat ini "sedeqah" tidak diberi. Dalam keadaan jem yang teruk itu pemandu mematikan aircon menyebabkan suhu bas jadi panas dan mengeluarkan berbagai bau yang tidak menyenangkan. Seorang ahli jemaah yang kurang sabar menegur pemandu dan minta pasang aircon. Pemandu pasang sekejab dan kemudian mematikan semula. Memang perbuatan dia itu menyakitkan hati jemaah tapi semasa kursus haji ada diberitahu oleh penceramah bahawa kita akan menghadapi berbagai karenah semasa mengerjakan haji dan kita perlu banyak bersabar.

Sampai diMuzdalifah sudah lewat tengah malam. Kami diarah mengutip anak batu untuk kegunaan melontar esok.  Selesai mengutip batu timbul masaalah tiada bas untuk pergi ke Mena. Mulai tahun itu Saudi membuat sistem baru "Shuttle" pergerakan bas yang kurang teratur kerana percubaan kali pertama.Sampai Mina sudah lewat subuh. Ada dikalangan jemaah yang sudah naik angin dan marah-marah kerana tersekat diMuzdalifah.

PERISTIWA 6

DiMina aku mula sakit pening kepala dan rasa nak pitam kerana sepanjang malam tak dapat tidur. Sepanjang hari hanya tidur sahaja..........(bersambung)


ZUKI BERTUGAS DITELEKOM SEREMBAN 1980-1987

                                     Pejabat Bahagian Rangkaian Suis, Jabatan Telekom Seremban

                                                       Nama Ketua: Ir Sahak bin Yasin 

Pejabat Pembantu Kanan Daerah

Nama Ketua: Yeoh Suan Kooi Pem. Teknik Tkt Tertinggi

Pejabat Kerani Pembantu Kanan Daerah2 Negeri Sembilan                   

 Nama Kerani:  Mohd Zuki bin Abu.

             Mr Yeoh No. 2 dari kiri
             Pegawai Kerani: Fatimah Arshad dan Habibah Mahadi

Waktu rehat makan dipejabat

             Pegawai Kerani: Radziah Hamzah     Pelayan Pejabat: Fadhil Din



              Pelayan Pejabat: Sdra Fadhil Din                        Staff Ibusawat
    
              Pelayan Pejabat:    Zakaria Kg Kemin


kuliah agama  (sebelah petang) diBangunan Ibusawat Seremban

Hadiri kursus pentadbiran di INTAN Seremban

Pamiran peralatan Telekom diperkarangan Ibusawat Seremban. Terbuka kepada orangramai.

Pejabat Kerani di Ibusawat Telekom Senawang

Kerani dan Jurutaip



                       Staff Ibusawat Senawang

Zuki memilih bersara pada tahun 1987 apabila Jabatan Telekom diswastakan. Pencen dan Ganjaran dibayar serentak dan boleh dibuatn modal untuk memulakan perniagaan sendiri.

                    Membeli sebuah Lori NP3455 untuk mengedar barang keperluan keKedai2 diNegeri                                Sembilan dan Pahang dan bekalan bahan makanan keAsrama sekolah Menengah Agama di                     Seremban dan Gemencheh.
                Pindah keKedah pada 01/01/1992 mula berniaga masuk kekampung dan taman2 dan dikenali                 dengan nama tokwan.
Lori yang digunakan untuk mengedar barang2

Rumah sewa diFasa 2C, Taman Mahsuri.

Tokwan jual bawang diKg Manggol Temuchut.
Kelendan lori Abdul Hadi bin Mohd Zuki