November 18, 2019

APABILA DIUJI DENGAN KESAKITAN HENDAKLAH BERSABAR


APABILA DI UJI DENGAN KESAKITAN HENDAKLAH BERSABAR

10/11/2019 merupakan hari aku ditimpa musibah. Jam 8.00 pagi seperti biasa aku pergi ke kebun dengan peralatan mesen potong rumput, parang dan pancing. Jam 11.00 pagi aku bersiap untuk balik kerumah dengan hasil tangkapan 4 ekor puyu dan sekor haruan.

Dalam perjalanan pulang seperti biasa aku menggalas mesen pemotong rumput dibahu dan barang-barang lain dalam raga motor. Ketika melalui jalan kekuari Tunjang menuju jalan besar dibelakang aku ada sebuah lori membawa batu dari kuari. Aku rapat ketepi jalan kerana memberi laluan kepada lori untuk memotong.

Keadaan tepi jalan itu agak kurang rata dan berombak kesan tayar lori. Apabila tayar motor masok dalam lobang dan naik semula motor aku membuang kekanan dan tumbang kebahagian kiri betul-betul ditengah jalan.

Aku cuba bangun tapi gagal kerana tekanan berat motor dan mesen rumput yang  tergalas dibahu. Siku kiri aku berdarah dan rusuk kiri terasa sakit kerana bergeser dengan batu jalan beberapa kaki.

Dua orang pekerja lori itu turun menolong angkat dan alih motor ketepi jalan dan kemudian menghubungi rumahku memaklumkan kejadian tersebut.
Beberapa minit kemudian isteriku datang dengan kereta dan membawa adik iparku untuk membawa balik motor dan mesen rumput.
Sampai dirumah isteriku mengambil sepasang pakaian dan terus keHospital untuk dapatkan rawatan.


Aku didudukkan keatas sebuah kerusi roda dibahagian kecemasan sementara menunggu giliran.
Kemudian lukaku dirawat dibahagian kecemasan tersebut. Jam 2.30 petang aku mengambil wudhuk kerana hendak solat zohor. Jururawat memberiku sehelai kain puteh untuk buat sejadah dan menunjukkan satu ruang untuk solat. Aku hanya boleh berdiri tapi tak boleh rukuk dan sujud kerana rusuk terlalu sakit. Selepas itu aku dihantar untuk x-ray dan disahkan dua bilah tulang rusuk telak retak
Selesai solat anak sulungku menghantar nasi bungkus untuk makan tengahari.


Diatas kerusi roda menuju bilik x-ray.
Jam 3.00 petang aku dimasukkan ke wad lelaki katil 26.

































Makan tengahari dibilik kecemasan

































Semasa dihospital ada ramai sahabat yang datang ziarah dan mendoakan agar cepat sembuh.

Hari kedua aku dikeluarkan dari hospital dan kena berehat dirumah sahaja doktor kata kena tunggu enam minggu untuk pulih.

Luka terkena exzos dua minggu sebelum kemalangan

Jiran katil sebelah Basharuddin Mat dari Tmn Tengku Sarina

Makan berselera dihantar oleh anak

Pada hari ketiga isteriku dengan ditemani kakak ipar pergi ke PIDA 3 untuk dapatkan air penawar.

Pengalaman jatuh motor ini sangat menyakitkan dan terpaksa solat cara duduk dikerusi sahaja kerana tidak boleh rukuk dan sujud. Setiap pergerakan perlu bantuan orang lain untuk bangun, duduk dan tidur.

Semasa rehat dirumah ramai juga sahabat dan jiran yang datang ziarah.

Pada malam ketujuh aku terjaga jam 4.00 pagi dan merasa badan agak rengan. Aku bangun sendiri tanpa dibantu untuk pergi kebilik air. Semasa membuka pintu bilik tidur untuk keluar isteriku terjaga dan melihat seperti tidak percaya yang aku boleh bangun tanpa dibantu. Dia menangis kegembiraan dengan perubahan tersebut. Mulai hari itu aku sudah boleh mengurus diri tanpa dibantu...........

 kesan lebam dirusuk selepas seminggu

Pada hari ke-10 aku cuba memandu kereta untuk pergi kepasar membeli ikan dan sayur. Alhamdulillah aku berjaya memandu dan balik kerumah walau pun semasa memusing setering terasa sakit dirusuk. Sakit itu berterusan hingga beberapa hari....

Luka terkena exzos semakin baik pada 20112019


TRAGEDI DIPAGI RAYA PUASA 2021
Aidilfitri tahun ini aku diuji oleh Allah menyebabkan aku tak dapat solat eidulfitri kerana kemalangan dirumah selepas subuh 13052021. Pintu almari jenis slide apabila ditarik tidak bergerak kekiri tapi terkeluar dari rill dan jatuh menghempap jari kaki kananku......
almari sliding door

darah keluar membuak-buak dengan rasa sakit yang amat sangat kerana kesan berat pintu itu telah menyebabkan kuku ibu jari terputus dan luka yang agak dalam.........


aku membuat keputusan untuk kehospital Jitra dengan memandu sendiri kereta WAJA untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang kena jangkitan kuman dan memberi kesan kepada penyakit diabetis yang ku hidapi........

sampai ditempat kecemasan lebihkurang jam 7.00 pagi aku mendaftar diri dan berharap dapat selesai sebelum jam 9.00 pagi kerana waktu solat eidulfitri tepat jam 9.00 pagi......

aku diminta tunggu diluar kerana dalam bilik kecemasan ada pesakit positif Cov19.


pembalut luka kertas tisu ditukar oleh pihak hospital tetapi darah masih tidak berhenti..........
selepas dibalut aku diarahkan buat xray...

tempat menunggu diluar bilik x-ray......
ketika menunggu aku mendengar suara takbir dan diikuti solat eidulfitri dari masjid kemunting. aku sangat sedih kerana tidak dapat pergi solat eid....

disahkan ada bahagian tulang ibujari yang patah

pada mulanya kes aku dirujuk kepada dr pakar HSB dan diberitahu akan dihantar keHSB untuk rawatan lanjut. Tapi maklumbalas dari HSB kes ini boleh diselesaikan diJitra sahaja. Luka ibujariku dijahit diHJ dan dibenarkan balik setelah dibekalkan obat antibiotik, tahan bengkak, tahan sakit dan krim obat sapu.......



pi berjalan raya rumah kaklong

dressing pada hari berikutnya di Hospital Jitra.15052021

16052021

17052021

19052021

20052021

24052021

25052021

26052021

27052021

28052021 kuku tertanggal

01062021



03062021

06062021

11062021

13062021

14062021 (sembuh sepenuhnya)