March 30, 2013

ALAT MENANGKAP IKAN



 Sawah padi adalah merupakan sumber hasil ikan air tawar yang utama diKedah. Jika diusahakan dengan teratur ia boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Selepas musim menuai sawah akan dibiarkan kering dan ikan-ikan yang ada dalam petak akan mati kering atau musnah begitu sahaja jika tidak ditangkap. Ada berbagai alat yang digunakan oleh petani untuk menangkap ikan seperti serkap, jala, pukat, pelompat, lukah atau memancing. Alat yang paling populer sekarang ialah Electro Fishing yang menggunakan kejutan eletrik. Ikan yang kena kejutan akan pengsan beberapa saat dan tidak mati.



Serkap

Pesta menangkap ikan menggunakan serkap

Kanak-kanak ini menggunakan serkap disawah yang baru dibajak




 Lukah ditahan ditempat genting

Pelompat dibuat dari guni gula dan berpoket dipasang tempat laluan ikan. Ikan yang melompat akan masuk kedalam poket. Tapi awas! kadang-kadang ada tukang pungut sebelum tuannya datang.

 Pemandangan ini perkara biasa diKedah. (Memancing)

 Memasang pukat melintang sungai atau menghimpit pukat ketebing.

Tangkul untuk menangkap udang dengan umpan hampas kelapa


Ikan Haruan baru ditangkap


 Dr Farhuda kali pertama menangkap ikan haruan disawah.

Kek Jolobu ikan ni dah pupus

saliran air yang keruh menunjukkan ada ikan didalamnya

 Ikan sebanyak ini boleh ditangkap dalam masa kurang dari satu jam. Mengikut rekod saya pernah dapat sebanyak 18Kg dalam masa kurang dari dua jam.

Tok Sheikh dari Mesir baru balik dari menangkap ikan

banyak ini lebihkurang lima atau enam kilo

Selepas dibersihkan ikan-ikan ini disimpan dalam pasu/baldi dan boleh hidup sebulan tanpa makan. Biasanya seminggu selesai diperoses belah belakang dan keringkan atau digogheng bolado pun sodap.